Rahsia Tarian Poco-Poco

Thursday, July 28, 2011 // by Nomad // Labels: // 0 comments
Saya secara peribadinya tidak menentang aktiviti 'senaman' ini. Lebih-lebih lagi ianya dilakukan untuk tujuan kesihatan. Tetapi apabila senaman ini nampaknya sudah tidak jadi senaman, sebaliknya hanyalah tarian yang dilakukan untuk berseronok-seronok, maka saya memang tidak setuju.

Tambahan pula, baru-baru ini, saya ada terbaca mengenai satu artikel yang menerangkan tentang rahsia atau asal usul tarian poco-poco yang sangat popular sekarang.

Secara jujurnya, sebelum ini saya sebenarnya tidak ambil peduli dan tak ambil tahu pun tentang latar belakang, asal usul dan motif tarian poco-poco ini. Namun, selepas membaca satu artikel ini, membuatkan saya tersentak dan terkejut dengan apa yang diterangkannya.

Saya tidak pasti, apakah info atau maklumat mengenai rahsia tarian poco-poco ino adalah fakta sebenar atau tidak. Tetapi kita sebagai orang Islam sewajarnya mengambil berat tentang dakwaan ini. Kerana kita bimbang, dek kerana kita suka dan ikut sangat tarian ini, kita nanti akan termasuk dalam golongan mereka itu.

Bukankah Nabi S.A.W dah berpesan melalui sabdanya :

"Man tasyabbaha bi qaumin fahua minhum."
Bermaksud : Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka seseorang itu terdiri dari kalangan mereka iaitu kaum berkenaan.

Hadis ini secara tidak langsung menggambarkan kepada kita bahawa umat Islam perlu kekal dengan identiti dan jati diri mereka sebagai muslim. Mereka dilarang dari menyerupai golongan musyrikin disebabkan akidah seseorang muslim itu terangkum tiga dimensi iaitu perkataan, perbuatan dan pegangan.

Jadi, saya berpandangan, jika benar info atau fakta mengenai tarian poco-poco ini, maka kita sebagai orang Islam mestilah meninggalkannya. Tidak usahlah menari poco-poco lagi. Kalau minat nak menari sangat, carilah tarian lain.

Berikut merupakan artikel yang saya baca :


Rahsia Asal Usul Tarian Poco-Poco
  • Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dengan keizinan-Nya. Saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan semua tentang tarian poco-poco yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat, umumnya masyarakat kita yang beragama Islam terutamanya suri-suri rumah, pelajar-pelajar sekolah, mahasiswa-mahasiswi IPTA/IPTS, dan badan-badan kerajaan ketika menghadiri kursus.
  • Sebenarnya tarian poco-poco ini berasal daripada Filipina dan bukannya daripada Indonesia. Ia ditarikan oleh masyarakat yang beragama KRISTIAN  ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka. Lihat sajalah bagaimana pergerakan yang membentuk salib.
  • Mungkin kita tak perasan kerana kita suka mengikut sesuatu yang baru tanpa usul periksa. Inilah cara musuh-mush Islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yang menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan YOGA yang telah difatwakan haram kerana menyerupai agama HINDU. Cuma tarian poco-poco ini belum difatwakan haram lagi. Marilah kita sama-sama fikirkan.
  • Saya dulu pernah terfikir, kenapa tarian itu dimulakan dari kiri? dan apa jenis senamn ini? Relevankah tarian ini yang kelihatan seperti tidak siuman?
  • Saya menyeru kepada diri anda semua supaya mengambil inisiatif untuk tidak lagi 'menarikan' lagi tarian ini yang ternyata mensyirikkan Allah tanpa kita sedar. Dan paling utama memohon keampunan daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara sebelum ini.
  • Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci tentang kesahihan perkara ini, asal usul dan kesannya kepada akidah umat Islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini agar umat Islam tidak berterusan di dalam kelalaian dan 'keasyikan' menari tarian ini.
Haa... siapa minat menari poco-poco? Pernah menari poco? Saya dulu pernah gak sekali menari poco-poco, sebab kene pakse untuk ikut sama menari dalam satu majlis.

Tapi lepas saya baca artikel ni, saya rasa lepas ni, saya tak akan lagi menari poco-poco ni.. Anda semua bagaimana?

0 comments:

Post a Comment

Motto Blog


Saya BACA, Saya PAHAM, Saya PRAKTIK, Saya SEBARKAN..
Jadi, setelah anda baca dan paham, kemudian terus praktikkan. Setrusnya, sebar-sebarkanlah ilmu yang anda dapat itu kepada orang lain.. Selamat beramal ~