Panduan Menyambut Bulan Ramadhan
Bulan Ramadhan akan sampai tidak lama lagi. Kita semua yang beragama Islam akan melaksanakan tanggung jawab iaitu berpuasa selama sebulan.Bulan Ramadhan mempunyai 1001 keistimewaan dan merupakan bulan untuk umat Nabi Muhammad S.A.W. Oleh itu, kita mestilah menyambut dan meraikan bulan ramadhan ini dengan pernuh keinsafan dan perbanyakkan ibadah.
Untuk kali ini, artikel ini akan membawa tajuk "PANDUAN MENYAMBUT BULAN RAMADHAN". Maka, saya pun membuat la beberapa bacaan tentang Ramadhan dan cuba meringkaskan point-point penting mengenainya.
Dibawah ini adalah bebrapa perkara yang sempat saya catatkan untuk peringatan barsama..
"Pertamanya, perlu kita faham bahawa, Ramadhan ini bolehlah dikatakan bulan paling istimewa dan paling mulia antara bulan-bulan Islam yang lain. Mukjizat terbesar Nabi S.A.W iaitu A-Quran pun, telah diturunkan dalam bulan Ramadhan. Di dalam bulan Ramadhan terdapat pelbagai fadhilat dan kelebihan yang harus dikejar oleh setiap umat Islam bagi mempertingkatkan kualiti keimanan dan ketaqwaan."Berikut adalah beberapa panduan dan peringatan bagaimana cara kita menyambut Ramadhan mengikut apa yang diajarkan oleh Nabi S.A.W.
Firman Allah Subhanu wa Ta'la :
"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwahibkan ke atas merekayang terdahulu daripada kamu, moga-moga kamu bertaqwa." (al-Baqarah 2:183)
1. Jadikan Ramhadhan sebagai bulan latihan kerohanian
- Di dalam bulan puasa, seorang Islam dilatih mengawal diri daripada berlebih-lebihan seperti mangawal diri daripada keinginan memuaskan syahwat (di siang hari). Mengawal diri juga memiliki banyak faedah baik dari aspek kesihatan mahupun ke arah kerohanian. Di antara faedahnya adalah seorang Muslim akan merasai kelaparan yang dilalui oleh seorang Muslim lain yang tidak memiliki makan atau minum yang mencukupi sebagaimana yang dihadapi oleh saudara-saudara kita di negara-negara lain khususnya yang miskin dan ditimpa bencana alam.
- Jadi, mari kita azam dalam diri masing-masing untuk menjalani ibadah puasa dengan sebaik mungkin, mengawal nafsu syahwat dan melakukan banyak kebaikan. Latihlah diri untuk mengawl hawa nafsu dan perangai buruk kita sepanjang bulan ini.
2. Rebutlah Lailatul-Qadar, malam seribu bulan yang dijanjikan
- Di dalam bulan Ramadhan terdapat satu malam yang lebih baik daripada seribu malam sebagaimana firman-Nya :
- Allah dah berikan peluang merebut malam seribu bulan ini kepada kita hanya dalam bulan Ramdhan, jadi jangan kita sia-sia kan peluang ini, Marilah kita memperbanyakkan ibadah dan bermunajat kepada Allah S.W.T dengan bersungguh-sungguh pada bulan Ramadhan ini.
3. Berpuasa dengan bersungguh-sungguh dan penuh keimanan, mohonlah keampunan daripada Allah terhadap disa-dosa yang telah kita lakukan.
- Allah berjanji akan mengampunkan dosa-dosa yang lepas bagi mereka yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keazaman.
- Abu Hurairah radhiallahu'anh berkata, Rasulullah S.A.W bersabda:
4. Kawal diri daripada perbuatan mengumpat (ghibah), bergaduh, berbohong dan mendengar perkara-perkara hiburan.
- Jauhi perkara yang sia-sia (laghoo). Sebaliknya perbanyakkan membaca A-Quran, berzikir kepada Allah, bersedekah dan bersungguh-sungguh di dalam melakukan amal ibadat khusus pada 10 malam terakhir bulan Ramadhan.
5. Sabar ke atas kecaman, umpatan atau musibah yang menimpa.
- Rasulullah S.A.W mengajar kita bahawa pada hari Ramadhan, jika seseorang menyakitkan hati atau mencela kita, maka katakanlah :
6. Jangan bergosip atau sibuk memperkatakan hal orang lain yang sia-sia.
- Jagalah diri daripada mengumpat dan mengadu domba (gosip) kerana ia adalah perbuatan yang diharamkan secara mutlak sama ada di dalam bulan Ramadhan atau selain Ramadhan. Lebih-lebih lagi dalam bulan Ramdhan, memang hukumnya adalah lebih berat dan diberi penekanan.
7. Sentiasa berniat untuk melakukan kebaikan dan membantu sesama Muslim, terutamanya dalam hal melakukan kebaikan kepada keluarga sendiri.
- Kita sangat-sangat disarankan untuk berniat untuk melakukan kebaikan dan menjaga kebajikan serta saing membantu sesama Islam dalam menyelesaikan masalah.
- Rasulullah S.A.W bersabda : "Sesiapa yang tidak memikirkan urusan umat Islam maka tidaklah dia termasuk golongan mereka."
- Dalam bulan Ramadhan ini, kita sangat-sangatlah dianjurkan mengambil tahu hal ehwal keluarga kerana mereka adalah amanah dan bebanan (tanggung jawab) kita.
8. Lipat gandakan amal ibadah kepada ALLAH sepanjang bulan Ramadhan.
Antara amalan-amalan yang kita utamakan ialah :
- Menjaga solat berjemaah bagi lelaki di Masjid, dan bagi wanita pula benyakkan menghadiri majlis-majlis ilmu.
- Menghadirkan diri di solat tarawih khasnya bagi lelaki dan tiada larangan bagi kehadiran wanita jika mereka ingin melakukan solat dan kepada mereka terdapat ganjaran.
- Memelihara solat malam (qiamullail) dan tahajjud setelah pertengahan malam bagi lelaki dan wanita yang berkemampuan di dalam rumah.
- Beriktikaf untuk beberapa malam di bulan Ramadhan di masjid bagi lelaki tanpa menyebabkan gangguan di dalam kewajipan seharian khususnya bagi mereka yang mencari rezeki.
- Memperbanyakkan sedekah dan mengeluarkan zakat kepada orang-orang fakir, miskin, orang yang memerlukan, mereka yang berjihad di jalan Allah dan sumbangan kepada projek yang baik bagi kegunaan orang Islam seperti masjid, pusat rawatan orang-orang tua, sekolah dan lain-lainnya.
- Merapatkan silaturrahim dan memperbanyakkan ziarah di dalam bulan Ramadhan.
- Dilarang melakukan kejahatan dan keburukan terhadap orang Islam secara umum dan jiran-jiran secara khusus. Pesan Rasulullah S.A.W :
Begitulah 8 panduan yang sempat saya ringkaskan dan rumuskan untuk kita sama-sama jadikan sebagai panduan dalam menghadapi Ramadhan yang bakal menjelma beberapa hari saja lagi.
Semoga ianya sidikit sebanyak memberikan kita menfaat dan dapat amalkan apa yang kita dah baca. Sekian daripada saya dan selamt menyambut Ramadhan kepada anda semua.. Selamat beramal ~
0 comments:
Motto Blog
Saya BACA, Saya PAHAM, Saya PRAKTIK, Saya SEBARKAN..Jadi, setelah anda baca dan paham, kemudian terus praktikkan. Setrusnya, sebar-sebarkanlah ilmu yang anda dapat itu kepada orang lain.. Selamat beramal ~