Rahsia Nombor Manusia

Monday, August 1, 2011 // by Nomad // Labels: // 0 comments
Salam sejahtera kepada para pembaca sekalian. Semoga anda semua diberkati ALLAH dan dimurahkan rezeki dalam kehidupan..

Topik yang akan saya bawakan hari ini adalah berkaitan dengan NOMBOR. Orang Cina memang cukup taksub dengan nombor '8'. Mereka percaya yang nombor '8' ada ong. Tapi ada juga kepercayaan dalam masyarakat India mempercayai bahawa nombor 8 adalah lambang kematian.

Hakikatnya, ramai orang percaya nombor boleh membawa keburukan dan kebaikan. Ramai yang mempercayai nombor mempunyai semangat atau tenaga semula jadi tertentu yang boleh membawa keburukan atau kebaikan kepada seseorang. Jadi, jangan terkejut kalau ada orang gunakan nombor tertentu untuk menjadikan dirinya bertuah.

Ada satu artikel yang menerangkan tentang peranan nombor dan hubung kaitnya dengan manusia. Menurut artikel itu, setiap orang dilahirkan bersama nombor yang ada pertalian dengan artikel itu. Setiap orang dilahirkan bersama nombor yang ada pertalian dengan planet. Kedua-duanya akan mempengaruhi tingkah laku seseorang. Kalau seseorang tahu rahsia satu-satu nombor dan dapat menggunakan dengan betul, dia akan berjaya. Betulkah begitu???

Adakah ini disenaraikan rahsia-rahsia dan hikmat-hikmat yang ada disebalik sesuatu nombor? Sama ada nak percaya atau tidak, terpulanglah kepada para pembaca sekalian. Tiada paksaan ye.. :)

Inilah rahsia nombor-nombor :

1 - SATU
  • Lambang keunggulan Tuhan. Nombor kemakmuran, keutuhan diri, kekuatan, keberanian dan kekuasaan. Rumah bernombor 1 akan sentiasa makmur. Tetamu suka datang kerana suasana yang tenteram, damai, sejuk dan tenang. Kalau orang yang bernaung di bawah nombor ini, dia seorang yang berani. Mempunyai kekuatan fizikal dan mental.
2 - DUA
  • Nombor ini bersifat pasangan seperti sejuk lawannya panas, baik lawannya jahat. Ia simbol pengesahan, penyaksian, perkaitan, syarat menemukan jawapan semula jadi dan JODOH. Bagi seseorang yang sukar mendapat jodoh, berlindunglah di bawah nombor ini. Tidak perlu jumpa dukun atau mandi di bawah jambatan, cukup sekadar mengingati nombor itu. Untuk lebih mudah, ambil segelas air sejuk mentah atau air kelapa, lebih elok air zam-zam. Tuliskan nombor 2 di luar gelas, memadai menggunakan hujung jari, kemudian minum. Ingat nombor itu dan niatkan dalam hati untuk mendapat pasangan. Lakukan tujuh (7) kali atau tujuh hari berturut-turut. InsyaAllah... tak sampai sebulan pasangan yang seseuai akan diperoleh atas izin Allah..
3 - TIGA
  • Rahsia akal, bijaksana, keceriaan, kesuburan, keseimbangan, pembalasan dan penindasan. Bernaung di bawah di bawah nombor ini menjadikan anda seseorang yang pintar dan bijaksana. Biasanya apabila hendak melakukan sesuatu pekerjaan akal akan berkata-kata sama ada ia baik atau buruk. Boleh menjadi pencipta yang baik tetapi bermula dengan kemusnahan. Setelah melalui beberapa kegagalan baru menikmati kejayaan. Tetapi kalau putus asa.. habislah...
  • Mudah memiliki sesuatu kekayaan, benda, rumah, kereta atau apa sahaja tetapi mudah pula melepaskannya. Pintar menyelesaikan setiap maslah walaupun terlalu rumit. Seorang yang subur, mempunyai anak ramai dan ibu bapa yang baik. Paling penting mereka ini awet muda.
4 - EMPAT
  • Nombor ini membawa simbol rupa bentuk, kesempurnaan, kemantapan, kedudukan, kewangan kehidupan. Lambang kekuasaan, kestabilan dan lengkap. Ia stabil dan tidak mudah digangu-gugat atau dipengaruhi.
  • Kekuatan mereka yang bernombor empat (4) ialah mempu melihat melalui daya imaginasi. Agakan atau tekaan mereka selalunya tepat dan kalau merancang, insyaAllah berhasil. Ramai arkitek, jurutera dan pereka-pereka baernung di bawah nombor ini.
5 - LIMA
  • Simbol kreatif, intelek, mampu mempengaruhi, pemikir, bijaksana, pengkritik dan tahap intelektual yang tinggi. Kalau menjadi hakim, dia akan laksanakan tugas dengan bijaksana dan dapat menyelesaikan segala masalah, perbalahan, kerumitan dan kesusahan. Kekuatannya adalah pada kata-kata. Mampu mempengaruhi orang lain membuat keputusan.
  • Pandai memujuk, merayu supaya pertelingkahan dapat dileraikan. Jika anda tidak mampu membuat keputusan, ingatkan 5. Nescaya mudah semuanya.
6 - ENAM
  • Hati-hati dengan 6 jika anda lemah semangat. Jangan gunakannya kerana syaitan dan iblis mudah merasuk. 666 adalah lambang syaitan (gandakan kelemahan bagi mereka yang lemah semangat). Tetapi 6666 pula adalah kekuatan dan kesempurnaan. Lihat sahaja bilangan ayat al-Quran yang mengandungi 6666 bilangan ayat-ayat pada satu al-Quran.
  • Kalau nombor peribadi anda 6, anda suka meramal dan boleh meramal dengan tepat. Mulut masin, suka pada benda ghaib, boleh melihat dan menembusi alam ghaib.
  • Bagi yang belum kahwin tetapi sudah mempunyai pasangan atau idaman hati, cubalah ingatkan 6 dan niatkan pada air seperti nombor 3. Percayalah, dengan izin Allah, tidak sampai sebulan niat anda akan terlaksana.
7 - TUJUH
  • Inilah nombor yang PALING BAIK. Selain itu juga sebagai lambang pembalasan, memerintah, membangkitkan tenaga dalaman, pelindung, pemusnah dan penghalau hantu. InsyaAllah doa mereka dimakbulkan jika mengulangi 7 kali dan amalkan. Mereka juga bersifat melindung dan mampu memerintah dengan baik. Nombor ini digunakan untuk menghalau hantu yang meresap di dalam badan.
  • Caranya mudah. Palitkan nombor tujuh 97) dengan menggunakan kapur di tempat yang sakit. Ia hanya mujarab dilakukan pada malam 13, 14, dan 15 (bulan penuh). Ataupun menjadi pelindung ibu yang sedang sakit bersalin daripada dimasuki iblis.
8 - LAPAN
  •  Orang cina cukup suka nombor ini. Kebanyakan mereka sanggup bayar berpuluh ribu ringgit untuk mendapatkannya (untuk plat kereta atau rumh). Memanglah nombor itu mendorong ke arah menjadi semakin kaya tetapi sampai satu tahap boleh jatuh bankrap. Sebabnya,  kerana mereka tidak tahu lapan (8) sebenarnya bermaksud penamat kehidupan. 
  • Sebagai analogi, ramai diantara kita yang memperoleh kesenangan pada usia yang matang atau tua dan sangat jarang yang berjaya atau merasa kesenangan pada usia muda. Dan bila kesenangan atau kekayaan yang kita peroleh di usia tua, sakit atau ajal pula yang menanti kita. Akhirnya kekayaan yang kita ada tidak bertahan lama ataupun singkat. Itulah yang boleh digunakan atau perkaitan dengan nombor lapan (8).
  • Bagaimanapun, nombor ini memang baik jika tahu rahsianya iaitu ia mendorong ke arah kekayaan, kemantapan, kehidupan, keadilan, sempurna, lengkap dan akhirnya kematian. Perkaitannya seperti analogi yang saya berikan di atas tadi.
  • Jangan sesekali cuba menggunakannya (nombor 8). Dari segi sains, oksigen terletak dalam atom 8. Sebab itulah jika tidak cukupoksigen orang akan mati.
9 - SEMBILAN
  • Nombor ini lambang kebenaran. Kerana itu, polis menggunakan 999 (agaknye la..). Ia juga lamabang tenaga yang kuat. Sebab itulah ia disimbolkan sebagai perjuangan, kepahlawanan, peperangan dan pertikaian. Bagaimanapun mereka yang bernaung di bawahnya mudah terlanjur dalam perbuatan dan percakapan atau suka lepas cakap. Tapi, janga bimbang... walaupun mudah terlanjur tetapi anda seseorang yang cukup sempurna dalam hal ilmu keduniaan. Nombor ini boleh digunakan untuk mencari semula barang yang hilang. Ingat nombor 9, barang yang hilang akan jumpa semual, jika tersalah simpan!
10/0 - SEPULUH atau KOSONG
  • Simbol keabadian Yang Mencipta, Maha Kuasa, Kebesaran yang tidak dapt diukur dengan apa sekali pun. Tidak ada permulaan dan tidak ada pengakhiran (tiada penamat). Ia sentiasa akan berlingkar dalam pusingan yang sama tanpa ada titik akhir. Satu nombor yang cukup kuat, tidak mampu dikalahkan oleh segala ilmu yang ada. TIADA satu manusia yang bernaung di bawahnya. Hanya pemcipta memilikinya.




Mengetahui rahsia dan hikmat nombor ini penting kerana melaluinya kita dapat mengenal diri. Hidup akan lebih teratur, sentiasa berwaspada ketika membuat perhitungan. Lita tidak perlu mencari Tok Piah, Kam tukang tilik, minyak cenduai Batin Yat atau bertemu bomoh fotostat bagi mencari barang hilang.

Anda mampu meramal masa depan sendiri, menghalau hantu, mencari pasangan dan mendapat kekayaan. Semuanya boleh anda lakukan sekiranya anda tahu apakah RAHSIA NOMBOR PERIBADI anda.

Nak tahu apakah nombor peribadi anda???

Saya akan abagtau caranya. Formulanya ringkas sahaja. Anda cuma perlu campurkan saja jumlah tarikh lahir anda. Selagi nombor yang anda cambur itu tidak mendapat nombor 1 hingga 9, jgn berhenti untuk mencampurkannya.

Misalnya, anda lahir pada 12/12/1969. Maka campurkan sekali semua nombor yang ada pada tarikh lahir anda.
1+2+1+2+1+9+6+9 = 31, kemudian, 31 tadi, (3+1 = 4). Jadi nombor peribadi anda ialah 4.

Contoh lagi, anda lahir pada 02/01/1988. Jadi :
0+2+0+1+1+9+8+8 = 29. kemudian, 29 (2+9 =11), kemudian 11(1+1 = 2). Jadi, nombor peribadi anda ialah 2.

Setelah tau nombor peribadi anda, bolehlah lihat huraian-huraian tentang nombor di atas. Perlu diingatkan di sini bahawa, semua rahsia dalam nombor ini bukanlah satu perkiraan dan fakta yang tepat. Sebaliknya ia hanyalah ramalan melalui pengalaman dan hasil kajian bijak pandai dahulu kala.

Hakikatnya, kita semua adalah lemah. Semua perkara yang berlaku adalah dalam ilmu dan perancangan ALLAH S.W.T yang Maha Berkuasa. Hanya ALLAH S.W.T sajalah yang Maha Mengetahui segala rahsia dan hikmat yang ada pada sesuatu benda atau perkara. Sesungguhnya semua benda atau perkara tidak akan mendatangkan sebarang manfaat atau mudarat tanpa izin daripada ALLAH S.W.T sekalian alam.

Semoga artikel pada hari ni memberikan anda pengetahuan berguna dan bermanfaat dalam kehidupan seharian. Selamat Beramal ~


0 comments:

Post a Comment

Motto Blog


Saya BACA, Saya PAHAM, Saya PRAKTIK, Saya SEBARKAN..
Jadi, setelah anda baca dan paham, kemudian terus praktikkan. Setrusnya, sebar-sebarkanlah ilmu yang anda dapat itu kepada orang lain.. Selamat beramal ~