Bagaimana baiki CD yang bercalar?

Sunday, July 24, 2011 // by Nomad // Labels: // 0 comments
Pernah tak anda sedang seronok mendengar CD lagu kegemaran anda, tiba-tiba CD anda tu tersangkut-sangkut sehingga mengacau 'stim' anda mendengar lagu kegemaran anda. Ada macam-macam sebab CD tu tersangkut-sangkut.

Salah satu sebabnya ialah CD tu dah bercalar. Baiklah, sekarang saya akan mengajar kepada anda petua bagaimana untuk baiki CD yang bercalar tu...







Begini caranya :

PETUA 1
  1. Ambil marker pen (tak kisah la warna biru ke merah ke atau hitam..kalau ade marker pen warna pink pon boleh gune juge..so,jgn tensen2 pasal warna marker pen ye..)
  2. Dengan menggunakan marker pen tu tadi, contengkan di tempat calar pada CD tersebut.
  3. Biarkan dakwat marker pada CD tu kering sebelum anda mainkan CD tersebut.
PETUA 2
  1. Masukkan CD bercalar tersebut dalam freezer atau dalam bahasa melayu ialah peti sejuk.
  2. Biarkan selama 2 jam.
  3. Keluarkan CD dan keringkan.
InsyaAllah, dengan petua tersebut masalah CD tersangkut anda akan dapat diselesaikan. Sekiranya anda telah melakukan 2 petua yang saya tunjukkan itu, namun CD anda masih tetap lagi tersangkut-sangkut, maka hanya tinggal satu je cara la untuk selesaikan masalah tersebut..

Caranya ialah :

Petua Terakhir
  1. Ambik CD yang tersangkut-sangkut tu dengan penuh kasih sanyang.
  2. Campak laju-laju masuk tong sampah.
  3. Pergi ke kedai CD dan beli CD baru.
  4. Kalau tak nak beli CD, download je lagu-lagu yang anda semua nak dengar..semuanya ada kat internet..PERCUMA beb~
Habis cerita... hehehe.. jangan marah nooo..

0 comments:

Post a Comment

Motto Blog


Saya BACA, Saya PAHAM, Saya PRAKTIK, Saya SEBARKAN..
Jadi, setelah anda baca dan paham, kemudian terus praktikkan. Setrusnya, sebar-sebarkanlah ilmu yang anda dapat itu kepada orang lain.. Selamat beramal ~