Cara mudah kurangkan lenguh-lenguh badan

Sunday, July 24, 2011 // by Nomad // Labels: // 0 comments
Tidakah anda berasa lenguh-lenguh selepas maghadap komputer berjam-jam?

Jika ya, saya akan memperkenalkan kepada anda satu teknik Jepun dalam mengurangkan ketegangan atau lenguh-lenguh tersebut.

Teknik ini diajar oleh seorang kawan baik saya semasa di Jepun dulu. Apa yang anda perlukan untuk melakukan teknik ini ialah hair dryer atau dalam bahasa melayunya ialah pengering rambut.

Apa? Hair dryer?? Biaq betul hang!!!
Ya memang betul pon! Hanya dengan menggunakan hair dryer, anda boleh hilangkan lenguh-lenguh di badan anda.
Begini caranya:
  1. ON kan hair dryer anda. (Angin panas akan keluar dari hair dryer tersebut)
  2. Halakan angin panas tu ke bahu atau tengkuk atau mana-mana bahagian yang lenguh sehingga anda berasa lega.
Mudah dan Praktikal ~

Penjelasan:
Teknik ini berkesan kerana angin panas yang keluar dari hair dryer tersebut akan mengembangkan saluran darah seterusnya melancarkan pengaliran darah di kawasan yang berlaku ketegangan tersebut. Apabila darah mengalir dengan sempurna, lenguh-lenguh tersebut akan berkurangan.

**AWAS !!!
Berhati-hati semasa melakukan teknik ini. Jangan halakan angin panas tersebut terlalu lama. Nanti tak pasal-pasal melecur pulak kulit korang. Pastikan suhu angin panas tersebut tidak terlalu panas dan tidak terlalu perlahan. Angin panas yang terbaik adalah suam-suam kuku dan mengikut keselesaan dan kelembutan kulit anda. Selamat beramal~

0 comments:

Post a Comment

Motto Blog


Saya BACA, Saya PAHAM, Saya PRAKTIK, Saya SEBARKAN..
Jadi, setelah anda baca dan paham, kemudian terus praktikkan. Setrusnya, sebar-sebarkanlah ilmu yang anda dapat itu kepada orang lain.. Selamat beramal ~