Bagaimana Elak Mengantuk Ketika Memandu

Tuesday, July 26, 2011 // by Nomad // Labels: // 0 comments
Di musim-musim perayaan, ramai di antara kita yang pasti akan pulang ke kampung masing-maing. Ada yang balik ke kampung dengan menaiki bas, keretapi, kapal terbang, dan pelbagai kenderaan awam. Ramai juga di antara kita yang memandu kereta atau motosikal sendiri.

Kepada mereka yang balik kampung memandu kereta sendiri, tidakkah anda berasa mengantuk ketika memandu? Terutamanya mereka yang memandi dalam keadaan letih untuk perjalanan yang jauh dan di waktu malam hari. Pastinya rasa mengantuk yang teramat sangat akan dirasai.

Memandu dalam keadaan yang mengantuk, sangatlah berbahaya. Sedetik saja anda terlelap ketika memandu bakal mengundang padah yang tidak dijangka.Oleh itu, adalah penting bagi kita semua untuk beringat dan berjaga-jaga sebelum perkara buruk menimpa kita.

Berikut adalah jampi (ayat quran) yang boleh di amalkan bagi mengelakkan rasa mengantuk. Ayat ini terdapat di dalam ayat Qursi yang berbunyi...

"LAA TAK KHUDZUHU SINNATUW WALA NAUM..."
(maknanya: "DIA (ALLAH) TIDAK MENGANTUK DAN TIDAK TIDUR...")

Selalulah membaca ayat Qursi ini untuk menghilagkan rasa mengantuk anda.
Adalah lebih baik sekiranya anda dapat mengamalkan seperti cara di bawah ini sebelum memulakan sesuatu perjalanan.
  1. Baca ayat Qursi 3 kali sebelum memasukkan gear pertama.
  2. Kemudian, bacalah :
"BISMILLAHILLADZI LAA YADHURUR MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDHI WALA FISSAMAA' WAHUWASSAMI'UN ALIIM..." (dibaca 3 kali)
  • Jika anada tidak hafal pun tidak mengapa, bacalah 3 Qul (Qulhuwallah, Qula'uzubirobbil falaq, Qula'uzubirob binnas) selepas anda baca ayat Qursi.
Walau apapun, yang penting selalulah berzikir dan berdoalah pada ALLAH agar perjalanan anda selamat daripada bencana..

Selamat Beramal ~


0 comments:

Post a Comment

Motto Blog


Saya BACA, Saya PAHAM, Saya PRAKTIK, Saya SEBARKAN..
Jadi, setelah anda baca dan paham, kemudian terus praktikkan. Setrusnya, sebar-sebarkanlah ilmu yang anda dapat itu kepada orang lain.. Selamat beramal ~