Tentang Rahsia Dan Khasiat Buah Kurma

Monday, July 25, 2011 // by Nomad // Labels: // 0 comments
Sempena bulan Ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi, elok jika saya kongsikan artikel berkenaan dengan BUAH KURMA (Tamar).

Buah kurma atau dalam bahasa Arabnya dipanggil dengan Tamar, tergolong dalam keluarga phoenix.

Phoenix adalah kumpulan palam seperti kelapa sawit. Buahnya bertangkal seperti buah pinang. Kurma mengandungi pelbagai khasiat pemakanan yang tinggi seperti Kismis dan Aprikot kering.









Antara khasiat buah kurma ialah :
  1. Kaya dengan protein
  2. Kaya dengan gula
  3. Kaya dengan serat
  4. Kaya dengan Vitamin A dan Vitamin C
  5. Kaya dengan zat mineral dan galian seperti Besi, Kalsium, Sodium dan Potasium.
Umat Islam disunatkan untuk berbuka dengan kurma. Kepentingan buah kurma adalah berdasarkan hadith Nabi S.A.W ayang bermaksud :
"Rumah yang tiada kurma seperti rumah yang tidak mempunyai makanan."
Kurma adalah antara makanan atau buah yang paling disukai oleh Rasulullah S.A.W.

Pecahan kandungan khasiat buah kurma adalah seperti berikut :
  • Protein (1.8-2.0%)
  • Serat (2.0-4.0%)
  • Glukosa (50.0-57.0%)
Disebabkan kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara semulajadi, maka apabila kita memakan kurma, tenaga dapat diserapkan oleh tubuh dengan serta merta.

Sebaliknya gula di dalam kebnyakan buah-buahan lain, dikenali sebagai Fruktosa dan Gula Tebu atau Gula Pasir yang biasa mengandungi Sukrosa. Kesemua gula ini tidak boleh menyerap terus ke dalam tubuh. Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi Glukosa. Glukosa inilah yang diserap oleh tubuh sebagai tenaga.

Oleh itu kita sangat disunatkan untuk berbuka dengan kurma. Kurma dapat memberikan tenaga segera kepada si pemakan. Ini membolehkan kita beribadat dan menunaikan solat maghrib dan terawih dengan lebih bertenaga walaupun kita telah berpuasa di siang harinya.

Adalah sangat digalakkan untuk kita makan buah kurma tanpa buang kulitnya. Ini kerana buah kurma kaya dengan serat. Serat ini melawaskan mekanan dan mencegah barah usus. Kandunag vitamin A dan vitamin C adlah paling tinggi semasa kurma di peringkat Rotab dan Khalal.

Manakala kandungan zat gaian dalam kurma seperti Potasium adalah amat diperlukan oleh sistem saraf kita. Pendek kata, buah kurma adalah juadah berbuka puasa yang terbaik untuk kita. Benarlah.. dalam sunnah Nabi S.A.W itu terdapat banyak sekali hikmah dan manfaat sekiranya kita dapat mengamalkannya.

Ada pelbagai cara untuk menikmati buah kurma. Di sini saya akan ceritakan satu resipi buah kurma yang anda patut cuba. Resipi ringkas ini diberikan nama 'air kurma susu' .

Cara buatnya amat mudah :
  1. Masukkan beberapa ulas buah kurma yang telah dibuangkan bijinya dan segelas susu segar ke dalam 'blender' atau mesin kisar.
  2. Kisarkan buah kurma tadi dengan susu tersebut hingga sebati.
  3. Letakkan di dalam peti sejuk selama 1 hingga 2 jam.
  4. Setelah betul-betul sejuk, barulah 'air kurma susu' itu diminum.
  5. Dalam bulan ramadhan, jika belum azan berkumandang jangan pulak minum ye.. tak pasal-pasal batal pulak puasa tu nanti.. hehehe.
  • Kurma juga bagus diberikan kepada bayi atau anak-anak kecil. Cubitlah sedikit isi kurma dan suapkan ke dalam mulut bayi anda (jika dah ade  bayi la ye..). Ianya membantu pembesaran minda dan kecerdasan minda anak anda.

Resepi ini memang sangat bagus untuk kesihatan. Semoga bulan ramadhan akan datang ini memberikan 1001 hikmah kepada kita semua. Selamat mencuba dan selamat beramal ~



0 comments:

Post a Comment

Motto Blog


Saya BACA, Saya PAHAM, Saya PRAKTIK, Saya SEBARKAN..
Jadi, setelah anda baca dan paham, kemudian terus praktikkan. Setrusnya, sebar-sebarkanlah ilmu yang anda dapat itu kepada orang lain.. Selamat beramal ~