Bagaimana Hilangkan Bau Busuk Dalam Peti Sejuk?
Salah satu petuanya ialah dengan ARANG.
Ya mamang benar! Jika anda meletakkan arang di dalam peti sejuk anda, bau busuk akan hilang atau setidak-tidaknya bau tersebut akan berkurangan.
Tapi di manakah anda boleh mendapatkan arang? Takkan la nak beli arang kat kedai sampai sekotak atau seplastik semata-mata nak letakkan dalam peti sejuk anda. Sudah tentu akan ambil banyak ruang kan..
Ok baiklah. Kali ini saya akan menceritakan pada anda cara mudah nak buat 'arang segera' di rumah.
Begini caranya :
- Ambil sekeping atau 2 keping roti (Roti Gardenia ker Roti High 5 ker..semuanya boleh pakai.. roti pakcik potpet yang jual lalu depan rumah pon boleh..)
- Kemudian, masukkan dalam 'toaster' atau dalam bahasa melayunya pembakar roti. Kalau tak ada 'toaster', anda boleh bakar terus roti tadi dengan manggunakan dapur gas.
- Bakar roti tersebut sehingga hangus (bakar sampai jadi hitam legam)
- Selesai. Anda boleh letakkan pada peti sejuk anda. Kini tiada lagi kebusukan pada peti sejuk anda.
- Kalau dah paham anda boleh praktikkan jika perlu. Sekarang anda boleh gunakan roti yang hangus tu untuk hilangkan bau busuk dalam peti sejuk.
- Atau, anda juga boleh gunakan untuk menghilangkan bau busuk pada bakul sampah anda.
0 comments:
Motto Blog
Saya BACA, Saya PAHAM, Saya PRAKTIK, Saya SEBARKAN..Jadi, setelah anda baca dan paham, kemudian terus praktikkan. Setrusnya, sebar-sebarkanlah ilmu yang anda dapat itu kepada orang lain.. Selamat beramal ~