Cara cepat untuk kunci komputer (windows)

Saturday, July 30, 2011 // by Nomad // Labels: // 0 comments























Trik ni sangat berguna terutamanya apabila kita dalam keadaan tergesa-gesa dan nak cepat. Nak tau caranya? Senang jer...

Begini caranya :
  1. Cari butang/simbol 'Windows' yang ada di keyboard anda. Butang 'windows' tu bersebelahan dengan butang 'Alt'.
  2. Kemudian, tekan butang 'Windows' dan butang huruf 'L' serentak.
  3. Selesai.
Mudahkan...

Selain cara di atas, anda juga boleh buat 'shortcut' untuk fungsi lock tersebut.
Caranya ialah :
  1. Klik kanan pada mouse dan pilih 'new'
  2. Pilih 'shortcut'
  3. Taipkan "rundll32.exe user32.dll,LockWorkStation" ke dalam ruang yang disediakan.
  4. Klik 'next'
  5. Kemudian, taipkan nama 'shortcut' yang ingin anda gunakan. Sya cadangkan anda guna nama 'LOCK' atau 'KUNCI'
  6. Selepas itu, jika anda nak tukar icon (bentuk) boleh tukar di 'properties'
  7. Selesai.
Selamat mencuba dan selamat beramal ~

0 comments:

Post a Comment

Motto Blog


Saya BACA, Saya PAHAM, Saya PRAKTIK, Saya SEBARKAN..
Jadi, setelah anda baca dan paham, kemudian terus praktikkan. Setrusnya, sebar-sebarkanlah ilmu yang anda dapat itu kepada orang lain.. Selamat beramal ~