Tips mengenai kitaran haid dan waktu subur
Semalam saya berminat untuk mencari ilmu dan mengetahui tentang kitaran haid dan waktu subur seseorang wanita. Pengetahuan tentang kitaran haid ini perlu diketahui oleh kaum lelaki dan apatah lagi untuk kaum wanita. Jadi, hari ini saya ingin berkongsi maklumat dengan anda semua mengenai kitaran haid dan waktu subur bagi seseorang wanita.
Saya kira maklumat ini sangat penting dan amat wajar untuk kita ambil tahu serta fahami dengan betul dan teliti. Terutamanya kepada sesiapa yang sudah berkahwin dan inginkan cahaya mata.
KENAPA KITA PERLU TAHU WAKTU SUBUR WANITA?
Ada 2 sebab utama:
- Untuk memudahkan mendapat zuriat
- Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat.
MARI KITA FAHAMI KITARAN HAID WANITA
- Saya cuba permudahkan sebab kitaran haid ini kerana agak kompleks dan payah sikit nak paham. Tetapi cuba fahami dan cuba yang terbaik.. insyaAllah.. Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tapi wanita masing-masing ada kitarannya sendiri. Ada 25 hari dan ada yang lambat sampai 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.
Hari 1 hingga 4
- Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation). Ketika ini darah haid akan keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalender dan tamat selepas beberapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.
Hari 5 hingga 13
- Ini dipanggil fasa fillicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.
Hari 14
- Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalui saluran falopio ke rahim.
Hari 15 hingga 28
- Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangya, sejenis hormon dipanggil progestrone di rembes daripada sarangya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dindaing ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari 1.
- Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami/isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.
- Bilakah secara tepat ia berlaku??? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula. ***(14 days from the 1st day your NEXT period- NOT your previous period)
- Tak faham??? Macam ni... Katalah dia period 28 hari, maka hari subur ialah 28 hari tolak 14 hari sama dengan 14 hari (28-14=14). Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur. Katakanlah period bulan itu 30 hari, maka 30 hari tolak 14 hari sama dengan 16 hari (30-14=16). Hari ke 16 ialah hari subur dan bukan lagi hari ke 14. Sekiranya periodnya 35 hari, maka 35-14=hari ke 21 adalah waktu suburnya.
- Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraannya adalah biasa tepat 14 hari setelah berlaku ovulasi, sedangkan fasa follicular boleh berubah-ubah. Jadi waktu subur adalah 14 hari pertama sebelum hari pertama period yang seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari, tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.
- Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. Ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu. Di Amerika terdapat kit (alat) untuk mengetahui kesuburan wanita melalui air kencing tapi saya tak pernah jumpa lagi di klinik-klinik di Malaysia.
- Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu, Allah mencipta sperma dengan kelebihan yang lain pula.
- Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan (setiap seorang lelaki adalah jutawan!), ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.
- Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap malam (atau siang hari kecuali pada bulan Ramadhan) pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15, 16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya period anda datang 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke 14.
- Anda boleh cuba setiap bulan untuk bebrapa bulan sekirnya tidak berhasil. ini adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai dengan waktu bersama anda.
- Selain daripada untuk mendapatkan zuriat, ada pasangan yang ingin mengelakkan mengandung dengan cara mengira kalender.
- Untuk pengetahuan anda, cara mengira melalui kalender adalah berisiko dan tidak beberapa tepat. Ini adalah kerana anda mungkin boleh tersilap kira, atau kedatangan haid yang tidak beberapa teratur menyebabkan tarikh subur lari dari kebiasaan.
- Oleh kerana anda tahu sperma boleh bertahan selama 5 hari di dalam rahim (ada kajian menunjukkan 7 hari), jadi 5 hari sebelum dan selepas hari kesuburan adalah waktu yang dianggarkan tidak boleh bersama isteri ataupun terpaksa menggunakan cara kentraseptif yang lain.
- Ada juga yang meletakkan 4 hari sebelum dan selepas waktu subur. Ini lebih rapat dan lebih berisiko. Terpulang kepada anda sendiri. Seperti yang saya khabarkan tadi, cara ini tidak beberapa tepat dan mempunyai risiko yang tersendiri.
Selamat Beramal ~
0 comments:
Motto Blog
Saya BACA, Saya PAHAM, Saya PRAKTIK, Saya SEBARKAN..Jadi, setelah anda baca dan paham, kemudian terus praktikkan. Setrusnya, sebar-sebarkanlah ilmu yang anda dapat itu kepada orang lain.. Selamat beramal ~