Teknik Mudah Nak Check Seseorang Tu Dah Berpunya Ke Belum...

Monday, July 25, 2011 // by Nomad // Labels: // 0 comments
Katakan anda ada kenal seseorang yang anda minat sangat-sangat.. Anda suka gila kat dia ni. Tapi suka-suka pun, kalau 'si dia' tu dah ada awek atau balak nak buat apa kan? Buang karan jer! Dak gitu?

Jadi anda tahu tak cara mudah macam mana nak pastikan 'si dia' tu dah ada balak atau aek ke belum?
"Eh, awak dah ada balak atau awek ke belum ye???
 Tak segan ke? Ada berani ke nak tanya macam tu? Mungkin ada yang berani tanya secara direct macam tu kan.. Tapi rasanya masih ramai diantara kita memang segan atau malu nak tanya macam tu lebih-lebih lagi kalau mamat atau minah tu yang cun/hot/kacak/hensem giler/femes nak mampos/seksi/tampan atau sama erti dengannya kan..

Maka di sini, saya ingin perturunkan kepada anda satu teknik mudah yang saya selalu gunakan masa dulu-dulu untuk memeriksa sama ada seseorang tu dah berpunya atau belum..

Baik, begini caranya :
  1. Jumpa dan berbual-bual dengan 'si dia' tu.
  2. Mula-mula tanya khabar dan sembang jer la apa-apa pun. Tapi pastikan bersesuaian dengan keadaan pada ketika itu.
  3. Pastu, dalam masa anda menyembang tu, cuba selitkan soalan macam ni: "Eh... awak kalau hari cuti selalunya buat apa ek???"
  4. Kemungkinan besar jawapan yang akan diberikan adalah seperti: "Saya selalu pi shopping atau jalan-jalan dan sebagainya.
  5. Haaa.. masa tulah anda ada bagi soalan cepu emas pada dia: "ooo ye ker... pi jalan-jalan atau shopping dengan 'ehem-ehem' ker? *Sila tanya dengan spontan dan bersahaja.
  6. Atau kalau dia bagi jawapan macam ni: "Takde buat apa-apa pun.. just dok kat umah jer"/"Tengok TV kat umah je..". Haa... kalau jawapan yang macamni, anda tanya macam ni pula: "Laa.. takkan la terperok kat rumah jer, tak keluar jalan-jalan dengan 'ehem-ehem ' ker?" *Sila tanya dengan spontan dan bersahaja je.
  7. Bila dah tanya soalan yang macam tu, pastu anda senyum je la menantikan jawapan atau respon yang diberikan.
  8. Tumpukan perhatian betul-betul pada respon yang diberikan dan cuba tengok cara dia jawab soalan tu. Kerana di sisnilah kunci untuk kita mengetahui sama ada 'si dia' tu dah berpunya ke belum.
*Melalui pengalaman saya, dengan bertanyakan soalan macam tu, kita dah boleh mengagak bahawa dia dah berpunya atau belum. Ya, dengan hanya berpandukan jawapan atau respon yang diberikan saja sudah cukup untuk kita mengagak 'status' seeorang itu. Hasil kajian tak rasmi saya mengatakan 90% agakan yang dibuat berdasarkan respon soalan sebegitu adalah tepat.

*Cuba anda buat ujikaji teknik ni pada 2,3 orang kenalan anda dahulu. Ianya memang memberikan 'hints. pada anda tentang seseorang tu berpunya atau belum.

*Biasanya kalau 'si dia' tu dah berpunya, biasanya dia akan senyum tersipu-sipu malu (terutamanya perempuan) apabila di tanya "Pi shopping dengan 'ehem-ehem' ker?". Tak pun dia akan jawab direct je macm ni, "haah la, keluar dengan pakwe la..ape lagi.."

*Kalau 'si dia' tu masih belum berpunya pula, antara jawapan yang biasa saya dengar ialah: "Emm, sya mana ada pakwe lagi" atau "Mana ade 'ehem-ehem', saya pi shopping dengan kawan je la." atau "Dengan 'ehem-ehem'?, sya mana la ada 'ehem-ehem'. Siapalah yang nak kat orang macam saya ni!"

*Respon yang paling best yang pernah saya terima ialah: " keluar dengan 'ehem-ehem'? Saya takde 'ehem-ehem' lagi la.. You la jadi 'ehem-ehem' I... nak??!!! Masa saya dengar jawapan tu, terkejut beruk saya dibuatnya. Ganas giler 'awek' tu. Masa tu saya pulak yang tersengih menggelabah sebab dapat respon diluar jangkaan tu..hehehe.

Haa apalagi..anda ada 'secret admire'??
Try la tip yang diatas tadi..jika diizinkanNYA, insyaAllah akan berjalan lancar semuanya. Selamat beramal ~


0 comments:

Post a Comment

Motto Blog


Saya BACA, Saya PAHAM, Saya PRAKTIK, Saya SEBARKAN..
Jadi, setelah anda baca dan paham, kemudian terus praktikkan. Setrusnya, sebar-sebarkanlah ilmu yang anda dapat itu kepada orang lain.. Selamat beramal ~