Cara sejukkan air tin dengan lebih cepat?

Sunday, July 24, 2011 // by Nomad // Labels: // 0 comments
Jam telah menunjukkan pukul 7 petang, Lagi 20 minit tetamu nak datang ni.. Tapi air tin (coke) yang baru beli kat kedai tadi masih belum sejuk-sejuk lagi walaupun dah diletakkan dalam peti ais 15 minit yang lalu. Ais batu pulak dah habis. Hmm... macam mana la aku nak hidangkan coke ni.. Takkan la nak minum coke yang tak sejuk plak. Mana sedap!

Begitulah masalah yang saya hadapi masa dulu. Lantas saya berfikir.. takde ke cara nak sejukkan air tin ni dengan lebi pantas??? Saya pon cuba menelefon pakcik saya, kot-kot dia tahu cara nak sejukkan air tin ni dengan lebih cepat.

Usaha saya menelefon pakcik saya tak sia-sia. Pakcik saya telah memberikan petua yang cukup mudah untuk cepatkan proses penyejukan air tin tersebut. Ok, kalau nak tau saya akan kongsikan bersama para pembaca semua.

Begini caranya:
  1. Ambil kain atau tuala yang bersaiz kecil (saiz kain jgan terlalu besar)
  2. Basahkan kain atau tuala tersebut dengan air paip
  3. Bungkuskan air tin dengan kain atau tuala yang dibasahkan tadi
  4. Masukkan air tin yang dibungkuskan dengan kain atau tuala tersebut ke dalam peti sejuk
  5. Tunggu 
Dengan tip di atas, proses penyejukan akan lebih pantas sekali ganda daripada biasa. InsyaAllah air tin tadi boleh diminum dengan segar dan sejuk seperti yang sepatutnya.

Penjelasan :
  • Konsep penyerapan dan pembebasan haba diaplikasikan pada situasi ini.
  • Kain yang dibasahkan dengan air paip (bukan air panas k!) akan mempunyai haba sejuk air pada kain tersebut.
  • Apabila kain dibalut pada air tin tersebut, bila diletakkan dalam peti sejuk molekul-molekul (haba sejuk) yang dihasilkan oleh peti sejuk akan diserap dengan lebih pantas dan cepat ke dalam air tin tersebut. 
  • Haba panas dalam air tin akan keluar dengan pantas menggantikan haba sejuk yang akan masuk ke air tin itu.
  • Bila semua proses tu selesai kita akan rasa kain yang balut air tin tadi terasa suam-suam kuku dan air tin tadi sudah pon sejuk dan tunggu untuk diminum je...
Setakat ni je la tip hari ni... Selamat beramal ~

0 comments:

Post a Comment

Motto Blog


Saya BACA, Saya PAHAM, Saya PRAKTIK, Saya SEBARKAN..
Jadi, setelah anda baca dan paham, kemudian terus praktikkan. Setrusnya, sebar-sebarkanlah ilmu yang anda dapat itu kepada orang lain.. Selamat beramal ~