Petua tak nak bagi mata berair masa potong bawang
Dalam bulan ramadhan tak lama lagi nanti tentu ramai diantara kita terutamanya para isteri yang memasak juadah berbuka puasa. Dan kebanyakan masakan kita terutamanya masakan Melayu, banyak sekali menggunakan bawang.Kepada yang dah biasa dengan kerja-kerja memasak ni, mungkin tiada masalah sangat untuk menyiapkan sesuatu masakan.
Namun, kepada mereka yang tidak biasa dengan kerja di dapur, sudah pasti menghadapi pelbagai masalah.
Antara masalah yang biasa dihadapi ialah ketika POTONG BAWANG. Seperti yang diketahui umum, biasanya mata kita akan berair semas potong bawang terutamanya masa potong bawang besar.
Haaa... nak tau petua tak nak bagi mata kita berair tak?
Senang je...
Caranya ialah:
- Ambil 2 helai tisu (tidak kisah jenama atau jenis tisu tersebut..tisu tandas pon boleh maa...)
- Gulung tisu hingga sebesar batang pensel
- Sumbat tisu tersebut ke dalam kedua-dua lobang hidung anda. Pastikan anda sumbat dengan penuh cermat dan kasih sayang k...hehehe
Penjelasan :
- Ramai di antara kita yang tersalah anggap tentang fenomena mata berair ini. Sebenarnya fenomena mata berair ini bukanlah disebabkan 'gas bawang' yang masuk ke dalam mata. Tetapi mata kita berair kerana 'gas' yang dikeluarkan daripada bawang yang dipotong itu telah masuk ke dalam lubang hidung.
- 'Gas bawang itu akan masuk masuk ke lubang hidung si pemotong bawang dan gas tersebut tidak mengira saiz lubang hidung dan ukuran diameter seseorang. So, lubang hidung besar atau kecik bukan persoalannya...hehe
0 comments:
Motto Blog
Saya BACA, Saya PAHAM, Saya PRAKTIK, Saya SEBARKAN..Jadi, setelah anda baca dan paham, kemudian terus praktikkan. Setrusnya, sebar-sebarkanlah ilmu yang anda dapat itu kepada orang lain.. Selamat beramal ~